Wednesday 30 May 2012

Peringatan Yang Selalu Kita Lupa



Saidina Umar r.a berkata :
"Aku LEBIH RELA berjalan di belakang SEEKOR SINGA daripada berjalan di belakang seorang WANITA.."

Seorang MUSLIMAH SOLEHAH tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya,
kerana ia MEMAHAMI bahawa 1001 FITNAH boleh timbul daripada keadaan tersebut..

PERSOALANNYA, bagaimana pula keadaan wanita yang TIDAK MELABUHKAN tudungnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu sehingga menutup paras dada dan menutup punggung..

Wahai MUSLIMAH sekalian,
ayuh BANGKITLAH..
TUTUPLAH AURATMU,
dedahkanlah SIFAT MAHMUDAH..
moga dirimu sentiasa DIHORMATI bukan sahaja pada pandangan penduduk bumi bahkan penduduk langit..



SUAMI dan AYAH,
jauhilah SIFAT DAYUS dan laksanakanlah tugasmu..
pastikan aurat muslimahmu TERPELIHARA daripada pandangan "mata" manusia yang SAKIT






(DOA MEMOHON AMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH

"Robbanaa dholamnaa anfusanaa wa ilam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khaasirin"

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi".

QS; 7; Al A'raaf; 23


Apa Yang Lelaki Perlu Tahu Mengenai Seorang Wanita

- Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia, pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohongmengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar. 

- Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.

- Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.

- Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P

- Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.

- Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.

- Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.
Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.

- Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.

- Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.

- Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.

- Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.

- Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.

- Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.

- Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke...








Kita selalu buat POST-MORTEM..
satu persatu disebut KEKURANGAN ini dan itu..
tapi, jarang sekali kita BERMUHASABAH..
cacat celanya program kita,
cacat celanya perbuatan kita,
cacat celanya sikap kita..
apakah datang dari KETIDAKIKHLASAN NIAT atau cacatnya HUBUNGAN dengan Allah, atau pelaksanaan yang TIDAK DISELARIKAN dengan syariatNya?

Akankah kita SOLAT SUNAT TAUBAT mengenang khilaf dan dosa?
Akankah kita SUJUD SYUKUR mengenang kejayaan bersama?
Hanya saja,
kerana kita dikaburi dengan APA YANG KITA ADA SEKARANG,
maka
KITA LUPA SIAPA KITA DULU..
AllahhuAllah..







Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara:
mencintai Nabimu, mencintai ahlul baitnya,dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya,mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.
- HR ath-Thabrani





Kadangkala, kita DIUJI dengan KARENAH manusia..
kita bertanya diri :

"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"

Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..
ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK,
walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?
TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat pada orang lain,
apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita..

Diuji dan dapat PAHALA,
sekali dengan pakej ‘PENGAJARAN’ yang tidak diajar di mana-mana..
di saat orang lain buat jahat pada kita,
MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..
teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..
hanya Dia..



Sahabat ibarat CERMIN kita..
contoh bila kita tengok cermin,
kita nampak tudung kita tidak betul,
kita BETULKAN jadi nampak elok..

macam itulah sahabat,
dia melihat silap kita lalu perbetulkan dan mengingatkan silap kita..
bukan terus menghina dan melemparkan kata-kata sinis kepada kita..
nilailah sahabat kita, yang BAIK, teruskan jadi TAULADAN..
yang buruk harus DITINGGALKAN



Masih ramai yang meninggalkan solat,
SATU KEFARDHUAN yang paling BESAR dalam ISLAM..
orang yang tidak solat ini,
TIDAK LAYAK bernama ISLAM..
kerana orang yang tidak solat :

1) musuh Allah..
2) musuh Malaikat..
3) musuh para Rasul..
4) musuh para Nabi..
5) musuh orang yang BERIMAN..

Tetapi kita TIDAK PANDANG,
meninggalkan solat sebagai SATU JENAYAH..
bagi kita jenayahnya, HISAP DADAH..ROMPAK dan SAMUN tetapi meninggalkan solat, tidak ada apa..

TIDAK SOLAT?
Tidak kira, anak raja, anak pemaisuri, anak menteri..presiden DUNIA ini sekalipun..
PASTI Allah letak di dalam NERAKA SAQAR..
Allahurabbi.

No comments: