Wednesday 30 May 2012

Peringatan Yang Selalu Kita Lupa



Saidina Umar r.a berkata :
"Aku LEBIH RELA berjalan di belakang SEEKOR SINGA daripada berjalan di belakang seorang WANITA.."

Seorang MUSLIMAH SOLEHAH tidak akan membiarkan lelaki berjalan di belakangnya,
kerana ia MEMAHAMI bahawa 1001 FITNAH boleh timbul daripada keadaan tersebut..

PERSOALANNYA, bagaimana pula keadaan wanita yang TIDAK MELABUHKAN tudungnya apabila lelaki berjalan di belakangnya?
Maka, labuhkanlah tudungmu sehingga menutup paras dada dan menutup punggung..

Wahai MUSLIMAH sekalian,
ayuh BANGKITLAH..
TUTUPLAH AURATMU,
dedahkanlah SIFAT MAHMUDAH..
moga dirimu sentiasa DIHORMATI bukan sahaja pada pandangan penduduk bumi bahkan penduduk langit..



SUAMI dan AYAH,
jauhilah SIFAT DAYUS dan laksanakanlah tugasmu..
pastikan aurat muslimahmu TERPELIHARA daripada pandangan "mata" manusia yang SAKIT






(DOA MEMOHON AMPUNAN DAN RAHMAT ALLAH

"Robbanaa dholamnaa anfusanaa wa ilam taghfirlanaa wa tarhamnaa lanakuunanna minal khaasirin"

"Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi".

QS; 7; Al A'raaf; 23


Apa Yang Lelaki Perlu Tahu Mengenai Seorang Wanita

- Perempuan benar-benar benci kalau mereka dibohong. Jadi, jika anda benar-benar ingin berbohong pada si dia, pastikan bahawa anda tidak akan ditangkap. Tidak kira sama ada anda berbohongmengenai penampilannya, keserasian anda, bekas kekasih anda atau keluarganya, selagi anda rasa anda telah berbohong, hati-hati! Kerana jika anda tertangkap, tidak akan ada jalan keluar. 

- Perempuan selalu mengambil serius perbuatan berbanding kata-kata. Jadi jika anda benar-benar ingin menawan hati si dia, lakukan sesuatu yang menunjukkan padanya bagaimana perasaan anda, bukan hanya tahu cakap kosong.

- Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka semua ratu drama. Ini mungkin sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran anda, namun bersabar dan anda perlu tahu bahawa setiap perempuan akan suka menjadikan isu yang kecil itu menjadi masalah besar. Ini kerana kaum perempuan lebih cenderung menggunakan emosi berbanding akal.

- Anda kena faham bahawa emosi kaum perempuan akan berubah apabila datang bulan. Jadi jangan terkejut bagi anda yang baru bercouple, kekasih anda tiba-tiba berubah daripada seorang yang lemah lembut namun berubah jadi hulk. Sakit der datang bulan, isi perut rasa macam ditarik-tarik... =P

- Biasakan untuk meminta maaf, kerana sama ada anda melakukan sesuatu yang salah atau tidak, anda perlu juga meminta maaf. Perempuan sukakan lelaki yang pemaaf, dan mereka tak boleh hidup dengan lelaki yang tak tahu meminta maaf.

- Anda kena faham bahawa bukan semua perempuan mempunyai perangai yang sama. Jadi jangan terlalu cepat membuat keputusan bahawa semua perempuan adalah sama terutama apabila anda putus cinta. Ini adalah salah satu fakta utama tentang perempuan yang perlu setiap lelaki tahu.

- Seorang perempuan akan selalu fikir sama ada dia kelihatan gemuk. Jadi, anda kena bijak dalam berkata-kata supaya si dia tidak akan mudah tersinggung.
Jika anda jenis yang mudah terpikat dengan perempuan lain, jangan beritahu kepada kawan-kawan perempuan kekasih anda. Tidak kira lama atau sekejap, kekasih anda pasti akan tahu cerita tersebut.

- Ini kerana perempuan suka bergosip. Ini adalah satu-satunya cara mereka dapat menghiburkan diri mereka sendiri ketika mereka bersama-sama dengan kawan.

- Apabila berbincang mengenai soal hadiah, perempuan lebih menyukai sesuatu yang bermakna daripada harganya. Ini kerana perempuan sukakan sesuatu yang ikhlas dan menunjukkan bahawa anda telah cuba menawan hati si dia dengan cara yang berbeza.

- Jika anda berada di luar dengan kawan-kawan lelaki anda, kekasih anda akan lebih cenderung untuk menunjukkan rasa cinta dia terhadap anda untuk sehinggakan kawan-kawan anda cemburu dengan anda berdua.

- Namun jika anda keluar bersama dengan kawan-kawan perempuan dia, anda perlu pandai menjaga tingkah laku anda. Buatkan si dia merasa bahawa dia adalah milik anda. Tetapi berhati-hati, jangan sehingga membuatkan kawan-kawannya meluat dengan tindakan anda.

- Pastikan anda tidak lupa tarikh penting seperti hari jadinya. Hal ini amat penting bagi si dia, dan jika anda lupa, saham anda akan menurun. Jika sekali mungkin tidak mengapa, tetapi bukan untuk kali yang kedua, Jangan terkejut sekiranya si dia tidak sambut hari jadi anda atau memberi kad perpisahan pada hari jadi anda.

- Ambil hati si dia dengan pujian. Salah satu fakta yang paling menarik tentang perempuan ialah mereka senang menjadi perhatian ramai. Berikan pujian terhadap rambutnya, matanya, pakaiannya, tubuhnya atau apa saja tentang dirinya yang membuatkan anda rasa tertarik. Dengan memberikan si dia pujian, anda telah memberikan dia semangat dan keyakinan. Ini akan membuatkan si dia sayang terhadap anda.

- Fakta yang paling penting ialah perempuan lebih mementingkan cinta daripada perhubungan seks. Perempuan boleh hidup tanpa seks, tetapi lelaki boleh ke...








Kita selalu buat POST-MORTEM..
satu persatu disebut KEKURANGAN ini dan itu..
tapi, jarang sekali kita BERMUHASABAH..
cacat celanya program kita,
cacat celanya perbuatan kita,
cacat celanya sikap kita..
apakah datang dari KETIDAKIKHLASAN NIAT atau cacatnya HUBUNGAN dengan Allah, atau pelaksanaan yang TIDAK DISELARIKAN dengan syariatNya?

Akankah kita SOLAT SUNAT TAUBAT mengenang khilaf dan dosa?
Akankah kita SUJUD SYUKUR mengenang kejayaan bersama?
Hanya saja,
kerana kita dikaburi dengan APA YANG KITA ADA SEKARANG,
maka
KITA LUPA SIAPA KITA DULU..
AllahhuAllah..







Rasulullah SAW pernah bersabda (yang ertinya):

Didiklah anak-anakmu dengan tiga perkara:
mencintai Nabimu, mencintai ahlul baitnya,dan membaca al-Quran kerana orang-orang yang memelihara al-Quran itu berada dalam lindungan singgahsana Allah pada hari ketika tidak ada perlindungan selain daripada perlindungan-Nya,mereka beserta para nabi-Nya dan orang-orang suci.
- HR ath-Thabrani





Kadangkala, kita DIUJI dengan KARENAH manusia..
kita bertanya diri :

"Aku TAK PERNAH buat pada orang lain macam tu, kenapa orang buat kat aku macam ni? Aku tak buat kat orang, kenapa orang buat JAHAT kat aku?"

Itulah sebenarnya UJIAN dan TARBIYAH..
ujianNya ialah masihkah kita mampu BERSABAR dan BERBUAT BAIK,
walaupun kita tak mendapat kebaikan juga?
TarbiahNya ialah supaya kita jangan buat pada orang lain,
apa yang kita tak suka jika orang lain buat pada kita..

Diuji dan dapat PAHALA,
sekali dengan pakej ‘PENGAJARAN’ yang tidak diajar di mana-mana..
di saat orang lain buat jahat pada kita,
MENGHINA kita dan MEMANDANG SINIS kepada kita..
teruslah berbuat baik kerana hanya Allah yang MENILAI usaha kita..
hanya Dia..



Sahabat ibarat CERMIN kita..
contoh bila kita tengok cermin,
kita nampak tudung kita tidak betul,
kita BETULKAN jadi nampak elok..

macam itulah sahabat,
dia melihat silap kita lalu perbetulkan dan mengingatkan silap kita..
bukan terus menghina dan melemparkan kata-kata sinis kepada kita..
nilailah sahabat kita, yang BAIK, teruskan jadi TAULADAN..
yang buruk harus DITINGGALKAN



Masih ramai yang meninggalkan solat,
SATU KEFARDHUAN yang paling BESAR dalam ISLAM..
orang yang tidak solat ini,
TIDAK LAYAK bernama ISLAM..
kerana orang yang tidak solat :

1) musuh Allah..
2) musuh Malaikat..
3) musuh para Rasul..
4) musuh para Nabi..
5) musuh orang yang BERIMAN..

Tetapi kita TIDAK PANDANG,
meninggalkan solat sebagai SATU JENAYAH..
bagi kita jenayahnya, HISAP DADAH..ROMPAK dan SAMUN tetapi meninggalkan solat, tidak ada apa..

TIDAK SOLAT?
Tidak kira, anak raja, anak pemaisuri, anak menteri..presiden DUNIA ini sekalipun..
PASTI Allah letak di dalam NERAKA SAQAR..
Allahurabbi.

Hikmahnya Doa Seorang Hamba



Di saat TIDAK ADA SEORANG PUN yang boleh kamu percaya untuk mendengar isi hatimu..
Di saat tidak ada yang mampu MENGHILANGKAN gelisah di hatimu..Di saat bibirmu TIDAK MAMPU mengeluarkan kata-kata..Maka, BERBICARALAH DALAM SUJUDMU..berceritalah padaNya, Allah yang akan menjadi PENDENGAR YANG SETIA untukmu..

lelaki idaman perempuan,,

Bila datang lelaki yang COMEL AGAMANYA..
bukan dia ustaz, bukan tok guru, bukan ulama,
HANYA ORANG BIASA..
tetapi, sembahyang 5 waktu, tak makan haram, tutup aurat dan ada orang AJAR DI SURAU..DIA PERGI walaupun seminggu 2 kali, dah dikira baik pada agama..KAHWINKAN SEGERA dengan lelaki baik seperti itu, walaupun jalan kaki, naik motor..tak ada kereta kerana REZEKI DI TANGAN ALLAH bukan di tangan manusia..
Jika kamu mampu BERDAKWAH kepada 5 orang, maka itu sudah memadai bagi kamu, iaitu yang pertama adalah kepada DIRI KAMU SENDIRI, yang kedua adalah kepada ISTERI KAMU SENDIRI dan yang 3 lagi adalah kepada ANAK-ANAKMU..
Solat la walau di mana sahaja kamu berada....sesungguhnya ALLAH bersma kita semua,,aminn

Siapakah Manusia Terakhir Yang Memasuki Syurga?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!”. Berkata pula Rasulullah s.a.w: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak tuan!” Maka berkata Rasulullah s.a.w: “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak.”

Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau: “Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: “Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia.” Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu’min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.

Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata: “Aku Tuhanmu.” Maka jawab mukminin: “Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya.”

Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata: “Aku Tuhanmu”. Maka dijawab kaum mukmin: “Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya.” Berkata pula Rasulullah s.a.w “Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!”

Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa’dan.” Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir: “Adakah kamu pernah melihat sa’dan?” Jawab mereka: “Ya!” “Seperti duri sa’dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan.”


Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"tapi kerana itu kita BELAJARtentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.Kita pernah "DIBOHONGI"dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin tidak pernah juga belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF.Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akanterulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.Hidup adalah proses,Hidup adalah belajar.Tanpa ada batas umur,Tanpa ada kata tua.JATUH, berdiri lagiKALAH, mencuba lagiGAGAL, bangkit lagi,KECEWA, berusaha lagi.Sehingga lah kita smpai ke penghujung nya.

Tuesday 29 May 2012

Wanita Idaman Lelaki Yang Dicari



Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga?
Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga? 
Sebuah hadis Nabi menyatakan: Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad) 


Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.
Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Disamping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita. 
Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar. 
Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa: “Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak.” (Hadis Riwayat Baihaqi) 
Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda: “Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah!” 
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka.” (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)
Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak. 
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: “Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia.”
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. “Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya.” (Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai) 
Berdasarkan huraian ringkas di atas, para wanita semestinyalah mengamalkan sikap taat dan bertakwa kepada Allah, bertanggungjawab kepada suami dan menjaga kehormatan dirinya. Semoga dengan itu, akan mudahlah mereka mendapat rahmat dan keredhaan Allah. Rahmat dan redha Allah itulah yang akan menjamin kebahagian hidupnya di dunia dan di akhirat. 

Perintah ALLAH S.W.T

marilah menunaikan perintah yang telah difirman kan oleh ALLAH S.W.T dan jgn la lalai hendak mengamalkan nya,,